Monday, 30 November 2020

Aku Penakut!!

 Assalamualaikum, konichiwa, anyoenghaseyo yoroebun,,

Weiii lama gila tak bukak blog nih, setiap tahun sekali je post tu pon kalau aku teringat..hahahahahhah..okay actually cerita ni tkde kena mengena pon dengan tajuk, cuma aku nak luahkan la sikit2 sebab aku dah tak tahan..urghhhhh

So baru2 ni aku ada discover satu vlog kt youtube ni. Vlog ni macam paranormal aktiviti giteww. Bagi aku tk seram pon sebab tkde ape penampakkan mahkluk2 Allah yg lain. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii dia punya vibe tu lain maciam weii. Aku ni memang penakut pon kalau tengok citer hantu/ horror/ thriller mmg akan teringat2 lepas tu, tpi aku akan ni jenis amik masa 2-3 hari nk bagi hilang dari fikiran. Tapi vlog ni buat aku terfikir2 banyak kali, pastu setiap kali aku tutup mata aku macam terbayang-bayang hutan yang gelap, bunyi cengkerik, kawasan yang da lama tinggal. Benda ni buat aku jadi takut bila time aku nak tidur. Dan bila susah nk tidur malam guess what?? yes anda betul aku akan tidor lepas subuh. 10 markah untuk anda! jadi waktu tidur aku akan terbalik. Kadang2 pakej nightmare sekali. huwaaaaaaa *craying TT

Okay fine! memang salah aku pon, memang aku carik penyakit, tapiiiiiii aku tak sangka la macam tu sekali vibe vlog tu kat aku. Dia macam ada satu perasaan macam takut, sedih, seram mixed feeling you know. Jadi lately ni aku akan tidor sambil dengar surah2, hilang la sikit rasa takut heheh. Aku nak sangat citer kt roommate aku, tapi taknak la tunjuk aku ni lemah, ciss i have my own ego guys. Usually aku ni takut2 pon alhamdulillah pergi toilet masih sorang2 lagi, walaupon dalam kepala otak macam2 aku bayangkan. Okay my bad hahahahaah. 

Pastu aku teringat la kata2 hikmah dari dato fazilah kamsah, dia cakap kita takut ni sebab kita jahil pasal sesuatu perkara. Contoh, kita takut nak kawin sebab takut nanti tak bahagia or cerai or curang. Itu sebab kita masih tak cukup ilmu rumah tangga lagi. macam tu la kisah aku agaknya. Aku takut dengan benda2 ni sebab aku rasa dia boleh give harm to me. So sebab aku terlampau takut sangat jadi aku search kat youtube pasal "macam nak hilangkan rasa takut kat hantu ceramah", so dekat situ banyak la input yang aku dapat, dan sedikit sebanyak dapatla kurangkan sikit rasa takut ni, tak banyak sikit je heheh. Antara input yang aku dapat ialah, first thing syaitan boleh membisik bila kita terlampau takut dan emosi. Kedua, dah tahu penakut kau jangan la pi search lagi benda2 gini, avoid from searching for horror or thriller things and story. Seterusnya, sentiasa dekat diri pada Allah, sebab mahkluk2 atau jin ni pon Allah yang cipta jugak, same goes to human, the jin and all those things also have their own weaknesses.

Jadiiiiiiii, pembaca2 sekalian (ada ke yg baca?), if korang rasa takut dekat sesuatu, i means family, money, positions, or maybe power or ghost, korang kena buat research atau bahas melayunya kajian atau pembacaan (bacalah banyak information, malas la korang nih, simpan sikit malas untuk anak2, okay tak tak,, gurau je ^^) tentang perkara2 yang korang takutkan atau risaukan. Ia agak membantu, aku boleh cakap tak semua, tapi sekurang-kurangnya bila korang ada infomation it help you to overcome the anxiety or your fear (mangai terspeaking omputih pulak den ni hahahahah)

Penutupnya, (cewah!! ingat kau buat novel ke sis, perasan ada orang baca blog kau, pigidahhh, da la senduu!!), korang doakan la aku boleh ovecome nightmare2 aku nih, doakan aku ni tk penakut sangat, lembik, lemah ha gitewww, dan doakan aku sentiasa gojes, cantik, dan lawa (okay tiada kena mengena dengan ini tajuk, ok gurau je walaupon tak kelakar, weeiiii support la aku buat kelakar,,kemon la gais kemon la). So korang yang ada penakut cam aku nih aku doakan korang boleh overcome perasaan takut korang tu tapiiii aku nak ingatkan jangan takut melampau dan jangan berani sangat, chill2 je..okay..got to go.. tutup salam @>-'----