Assalamualaikum semuaaaaaaa! sihat ke tuh? harap semua sihat dan dirahmati Allah selalu, amiinn insyallah. Hari ni rasa nak menaip sebab sekarang ni tengah menghitung hari, hehheeh, bukan untuk kawen la, korang ni asyik fikir kawen je, kewangan dah kukuh ke belum tuh? tanya je ehek. Aku menghitung hari untuk menikmati hari2 terakhir aku kat kilang tempat kerja aku kerja tu, kan post sebelum ni aku cerita nak berhenti kerja sebab jadual kerja aku tak fit dengan jadual kelas aku, so setelah berbincang dan bertawakal aku decide aku teruskan berhenti kerja jugak. So sekarang ni aku tengah overthinking la kat mana nak survive untuk komitmen2 aku yg berlambak tu. Mak aku ada suruh aku mohon jadi guru kafa. Guru kafa kan kerja 3 atau 4 hari seminggu pastu sabtu ahad cuti memang ngam2 soi la tu. Tapi tulah aku tk minat nak mengajar tapi kejadahnya aku further study dalam kos pendidikan, to young to dumb to realize. eh. Okay2 aku cuba untuk rasional, sebab bapak aku nak aku jadi askar/polis/cikgu, mak aku pulak nak aku jadi cikgu, tapi aku tak minat semua tuh, tapi aku tkde masalah untuk dapatkan pengalaman tu cuma mak ayah kena la support kewangan aku, ehek 😘.
apa lagi nak cerita eh, banyak benda yang jadi dalam masa sebulan aku tak menaip ni, tapi tulah tak tahu nak start dari mana, hahahaah, okay apa kata aku start dari kisah pertama iaitu kisah pasal sorang budak baru, lelaki, yang baru masuk kerja kat department aku nih. Aku gelarkan dia si kaca mata la.
Okay, pertama kali aku nampak dia, aku memang puji dia ni kemas, korang bayangkan eh dia ni tinggi lampai, kulit kuning langsat, perwatakkan menarik dan kemas, yang penting lagi muda dari aku, wangiiii, sumpah, agknya dia mandi ngan minyak wangi kot hahahaha. Supervisor aku kenalkan beliau pada kami semua dan sedikit informasi la. Supervisor aku cakap dia ni macam lurus bendul, so aku mula2 tahu pasal tu aku rasa macam kesian gila. Aku perhatikan cara dia bercakap, buat kerja memang nampak macam lurus la, so time buat keje tkdelah aku push2 dia suruh cepat kang pressure pulak budak tu.
Tapiiiiiiiii, ku sangkakan panas sampai petang, eh2 ada ribut pulak kat tengah hari (macam lain je, lantak la), makin lama aku perasan dia ni da pandai start tarik2 muka bila kita suruh2 dia buat kerja, pastu da pandai nak campak2 barang pulakk, aku pon panas la, sebab kadang2 kerja dia pon aku kena cover tau sebab beliau ni sangat lambat buat kerja, aku dah tkleh sabar dah, kalau mula2 tu aku paham la sebab beliau tk biasa lagi, ni dah dekat sebulan but still tk reti2 lagi, bukan tk ajar, dah ajar banyak kali, tapi beliau ni cpt lupa.
Beliau ni senang kena suruh, dia okay sbenarnya, cuma dia pressure and panik bila kita suruh dia cepat2.
btw, gais aku kena cau dulu sebab ada hal, lain posting aku sambung citer pasal dia lagi ciao
No comments:
Post a Comment