Sunday, 26 September 2021

Berhenti kerja

Assalamualaikum korang, sihat ke tu? saya di sini baik2 sahaja, heheheh, so korang tk rasa pelik ke kenapa tajuk hari ni berhenti kerja? okay kepada korang yang baru jumpa blog ni sebenarnya blog ni fungsi nye macam diari aku la, sebab aku ni adalah manusia paling malas nak menulis tapiiiii kalau menaip aku on je huhuhu. Okay back to topic, sebenarnya sebelum aku habis last semester degree aku hari tu, aku ada mohon kerja kilang kat area rumah aku, memandangkan jadual belajar aku pon tak busy so aku mintak keje kat situ, alang2 belajr dapat la kumpul sikit2 duit simpanan. So aku start bulan 3 macam tu sampai la bulan 9 ni. Suasana kerja sangat best, kenapa aku cakap best? sebab aku dapat supervisor, leader, kawan2 kerja yang banyak sangat bantu aku dari segi mental, fizikal dan emosi aku. Aku sangat2 beruntung dapat susana kerja yang best macam tu dan aku tak pasti kalau2 aku dapat lagi ke tk suasana kerja macam tuh untuk masa akan datang*cedih 😭

tapi walaupon susana kerja yang best tu ada but still mesti ada keburukan tentang kilang tu. Satu je yang aku tk tahan pasal kilang tuh adalah kami susah gila nak dapat cuti. Bayangkan dalam kontrak yang kita orang sign dia cakap waktu bekerja 6 hari seminggu which means setiap ahad kita orang boleh cuti. Tapi tak wei, waktu pandemik camni dorang kerah kami kerja 2 minggu berturut2 tak pon 3 minggu berturut2. Aku pernah kerja almost sebulan wei aku cuma dapat cuti sehari je. penat tau tak! aku fed up setiap hari dalam kepala otak aku, aku nk berhenti sebab body aku overworked. Aku bukanlah manja atau cengey, buat kerja berat tk boleh bagai tu, aku boleh, cuma satu hari dalam sebulan baru dapat cuti tu melampau namanya. Sampai aku tkde masa dengan family aku sebab balik kerja da maghrib, pastu badan penat and terus tidur, kadang2 tk makan langsung. Lepas tu kalau ada apa2 event dengan family terpaksa tunda sebab aku kena kerja. Baru2 ni public holiday pon kiteorang kena kerja. Wajib masuk kerja tak boleh cuti. Padahal ikutkan unutk public holiday siapa yang nak masukkan kerja tu suka hati doarang la, dan siapa taknak masuk tu lantak la, ini diwajibkan masuk hokayy, kalau tak nama kena diissue kan ke HR. sakai betul. memang la kami dibayar double atau tripple tapi berapa sen la sangat. Duit banyak tapi cuti takde so sama je tkleh enjoy duit tu. 

kerja situ aku dapat bahagian production, which is bahagian tu dulu semua didominasi oleh orang lelaki. Dah kalau kerja yang memerlukan tenaga orang lelaki tapi perempuan yang kena buat korang tak rasa macam kitaorang ni kena push tenaga perempuan kiteorang ni sampi habis limit. sangat penat, tak boleh nk cerita sebab korang takkn faham. Ada satu akak kat situ sampai bergaduh dengan suami sebab kena kerja setiap hari tkde cuti, kesian gila sampai nangis2 akak tu cerita kat aku. tapi aku tkleh nak tolong sebab aku taktahu asam garam rumah tangga ni. yang boleh aku tolong pon cuma jadi pendengar je. Kerja situ berat dan panas, sebab kitaorang kena masuk oven yng suhu dia 75c. panas tau tak! sebab tu aku fedup dan nak behenti. 

Tapi tujuan sebenar aku nak berhenti pon bukan sebab panas dan berat tu tapi lebih kepada nak sambung belajar. Aku dapat sambung belajar dekat satu uni awam ni dalam peringkat master. So aku pjj which is kelas aku setiap jumaat dan sabtu. Dah kalau setiap bulan aku kena kerja sampai 2/3 kali ahad kau rasa aku boleh go ke dengan pelajaran aku. mesti la takkan. Sebab tu aku amik keputusan untuk berhenti. Btw, sebenarnya banyak benda aku consider sebelum nak berhenti. Hati berbolak-balik sebab yelah zaman pandemik ni banyak komitmen nak kena bayar walaupon aku stay dengan parents. Tapi bila dan berbincang dengan family semua, dah buat istikharah semua hati aku berat untuk berhenti. Aku doa sangat untuk akan datang ada rezeki lain yang lebih baik. Korang yang membaca ni doakan aku eh, terima kasih. Semoga segala doa yang korang kirimkan kat aku berbalik semula pada korang, insyallah amiin.

Jadi aku penat sangat malam ni, so aku cau dulu, next entry aku rajin aku tulis progress keputusan aku okay, bye salam :)





No comments:

Post a Comment