Assalamualaikum dan holaaaaaaaaaaaaaa,,,,,,
korang apa khabar? okay ke tuh? macam mana keadaan mental, fizikal, dan emosi korang? okay tak? alhamdulillah, setakat ni fizikal aku sihat, mental aku penat sikit sebab pressure dari environment aku but aku still can manage it, no worries, dan emosi aku pulak sangatlah tak menentu, mungkin rindu orang jauh kot ehek, gurau je hehehe.
Btw, ingat lagi tak entry aku sebelum ni? apaaa? kenapa korang tk ingat? alaa sedih la camni *nangis tepi bucu katil. Sebelum ni kan aku ada cerita pasal aku masuk hospital sebab suspek appendik, so entry kali ni aku nak cerita hari2 aku masa aku kat hospital. So here we go...hiyarggg!
Hari pertama dan kedua sama je bagi aku, specialist buat round, doktor mai cek perut aku, masuk air berbotol2, kena makan ubat, dan kena puasa selama 4 hari. Kenapa 4 hari? sebab 3 hari aku duduk wad sebab tunggu turn nak kena bedah. Come on gais, jangan pura2 terkejut, benda kita da boleh expect, hospital kerajaan kan servis tak berapa nak kencang macam private hospital, aku pon mana ada duit nak pi private hospital, maun miskin aku kalau buat surgery kt hospital swasta. Tapi lambat2 pon alhamdulillah berkat pi hospital kerajaan, aku banyak experience best2. Doktor, nurse, MA sume best2, baik2, Lepas tu jiran katil sebelah aku nice gila, jiran katil depan sume concern pasal aku, yela sebab aku lambat nau kena bedah. heheh.
Aku sebenarnya nak cerita something la kat korang, tapi aku malu, hikhik. (nak kena penampar ke makcik? ) okay tak2. serius merius, masa aku kena warded kan ada sorang doktor laki ni attend aku, dia la yang pagi2 cek aku, dia salah seorang yang uruskan surat2 untuk surgery aku, dan dia orang yang betulkan branula aku masa tangan aku yg kena cucuk jarum tu da start membengkak. Masa dia cucuk jarum kat tempat baru, dia ada buat sikit kesalahan la dimana dia tersalah cucuk, pastu darah terus memancut keluar, pastukan dia terus amik kapas and tutup tempat yang berdarah tu, lepastu kan dia pegang tangan aku lama gila, like whatttt. Sejujurnya, sepanjang aku hidup aku tak pernah lelaki asing pegang tangan aku selama itu. Dia punya rasa berdebar tu suppppppp sampai ke jantung weii, sumpah aku tk tipu. Dalam hati aku takyah sembang la da sumpah seranah doktor tu sebab dah buat jantung aku berdegup lain macam 😂😂, pastu aku nak hilangkan rasa debar aku, aku ajak la dia berborak, aku tanya dia umur, stay mana, memang impian nak jadi doktor ke, dan semua media social dia, and guess what, yessss dia bagi nama ig dia kt aku, so aku dengan gatalnya pi la follow dia, and aku paksa dia followback aku balik. sakai betul 😅😅, dan mulalah aku on kan mode private investigator tak bertauliah aku sepanjang hari tu. Aku stalk dia weii, sakai betul.
Actually, dia doktor lulusan luar negara, dan berumur 26 (masa tuh la), dia baru lagi bertugas kat situ so sebab tu la kerja dia macam kekok sikit, ada salah sikit, and clumsy sikit. So sepanjang hari2 aku kat hospital, aku dok tercarik2 dia la, macam apa tah, masa tu aku salahkan hati aku sebab tercrush kat dia, dannnn perasaan tu sangatlah menyusahkan aku.
Dan hari terakhir aku kat hospital tu buat aku sedih sangat, sebab aku tak tahu bila lagi dapat jumpa dia (since aku declare yg aku tercrush kat dia, korang ni pun bagilah peluang aku nk fefeeling jatuh cinta jap). Balik rumah takyah cakap la rasa something missing, undescribe feeling, dan bermulalah hidup aku masuk fasa melankolik. Tapi aku kan ada ig dia, pastu aku ada add dia kat FB gak. So kat situ la aku stalk dia dan aku amik tahu pasal hari2 dia. Ada jugak aku pm/dm dia nak menunjukkan aku ni wujud sebagai kawan dia, aku taknak dia lupa kt aku, walaupon mengikut firasat aku dia mungkin tak igt langsung muka aku 😂😂sedih kan jadi aku, HAHAHAHAAHH, tapi aku tk kisah sebab aku dah biasa bertepuk sebelah tangan, banyak da crush aku yang da kawen, tapi aku okay je move on carik crush lain. alahai
panjang pulak entry kali ni, sorry gais sebab korang kena baca panjang2, aku blah dulu, nanti aku sambung balik
Hanyut rakit dari hulu,
Mati pelanduk di tanduk rusa;
Alangkah sakit menanggung rindu,
Orang tidak menimbang rasa.
No comments:
Post a Comment