Assalamualaikum reader sekalian, sihat ke awak semua? harapan ye sihat selalu amiinn,, lama gila aku tak update cerita aku hahahaha.. Tak tahu nak mula dari mana, tapi aku start cerita dari punca aku semakin busy ni ha, huhuhhu.
Alkisahnya, lepas aku tamat degree bulan 8 tahun lepas, ayah aku terus paksa sambung master wei. Ayah aku cakap dia nak support yuran pengajian semua, tapiiiii, aku taknak. Aku cakap dengan ayah aku yang aku nak kerja dulu sebab aku dah penat belajar. Kau bayangkan aku sepatutnya amik degree 4 tahun je, tapi aku extend satu sem sebab sem-sem sebelum tu aku banyak fail paper, jadi bila extend sem tu dapat la aku cover paper-paper yang gagal tu. So penat kan??
Jadiiii, masa ayah aku offer suruh sambung belajar aku sampai nak gaduh mempertahankan pendirian aku yang aku taknak sambung belajar. Okay tipu, sebenarnya, aku nak je sambung belajar tapi bukan la waktu yang terdekat ni tapi still lagi ayah aku suruh jugak. Tapi bila fikir-fikir balik senanya aku okay je nak sambung sebab aku pernah ada pengalaman belajar secara on9 ni, jadi aku rasa takde masalah kot untuk aku sambung belajar.
*Nanti aku sambung lain kali, sebab anak murid aku heboh nak cerita pasal pengalaman dorang. HAHAHAHAHA
No comments:
Post a Comment