Wednesday, 27 September 2023

Have faith in God @>----


 "And seek help in patience and prayer"

-Al-Baqara: 45-


Counselor ft case 2,

September, 2023

        Assalamualaikum semua! I'm back!! walaupun baru je semalam aku post pasal anak murid aku tapi hari ni aku nak share pasal satu lagi kes. Jom kita bagi nama dekat main character dalam cerita ni. Aku nama kan dia cikgu Lily. Baru-baru ni cikgu Lily amik cuti katanya nak pergi buat checkup kt hospital pakar la. Jadi tinggal lah aku sorang-sorang dekat bilik kaunseling sebab kaunselor lagi sorang tu ada kursus dekat Johor. Life as practical counselor went well that day. Dan keesokkan harinya, datang la cikgu lily kat sekolah macam mana. So kami borak-borak dan aku pon tanya lah dia jumpa dr pakar sebab apa, dr cakap apa. Sambil dia gelak dia kata "kau jangan la tanya nanti akak menangis", masa tu aku rasa macam mesti ada something wrong somewhere. Tapi aku slow talk la sambil tu gelak-gelak sikit. And dia cakap dr diagnos akak ada kanser payu dara. Aku tak payah cakap la, reaksi aku be like walaupon aku macam dah boleh teka tapi still aku tk terkata tau. 

        Kami pon bertukar cerita dan dia hari tu dia nak balik awal nak buat appointment dekat satu hospital untuk buat operation. Dr pakar suruh dia buat secepat mungkin sebab kanser dia jenis 3x ganda lebih aktif. Jadi dr tak sarankan untuk lengah-lengah. Macam-macam la kami berkongsi dan aku tanya perasaan dia, pendapat keluarga dia pasal perkara ni. Apa dia nak buat lepas ni. She act cool thou. Tapi aku tau deep down inside dia fikir banyak benda. 

        Kalau korang nak tahu, cikgu lily ni dia baik gila. Jarang aku nampak dia marah. Dia selalu belanja aku makan. Kami banyak share pasal kehidupan la. Hikmah-hikmah bila diuji. Dia pon share sikit-sikit amalan dia. Dan aku banyak belajar dari dia especillay the way we want to be treated. Aku pon risau jugak la pasal penyakit dia sampaikan petang tu aku google pasal breast cancer wei. Ada la input sikit-sikit yang aku baru tahu pasal breast cancer ni.

        So hari ni sepatutnya dia pergi kursus, tapi tiba-tiba dia tak jadi pergi, jadi aku amik kesempatan untuk tanya la pasal keputusan operation dia tu. Tiba-tiba dia cakap "alaaa akk nak nangis nanti", aku cepat-cepat amik tisu dalam beg laptop aku sebab aku tau the result can be worst than yesterday. Dia cakap dia kena operate like really soon dan perkara yang membuatkan aku pon rasa nak nangis sebab dia kata mungkin minggu ni minggu terakhir kami jumpa sebab lepas ni dia akan bercuti panjang like setahun lebih. Macam korang tahu kan aku tengah intern, kalau sem ni aku tak dapat habiskan intern aku, aku akan sambung lagi tahun depan sampai bulan 5 macam tu. Jadi bila dia cuti panjang dalam tempoh setahun ni aku takde la jumpa dia lagi. It feels like that we cannot meet up again after this. Like Im gonna lose her. Think about this make me sad even more. Actually both of us mmg dah plan macam-macam untuk next year. Tapi tu la kami merancang, tapi perancangan Allah lebih baik. Kaunselor yang sorang lagi tu memang belum tahu lagi pasal ni. Jadi kami rancang nak bagitahu dia Jumaat nanti. Harapnya dia boleh terima la dengan lapang dada. Aku nak nangis senanya, aku tahu dia sedih sekarang ni, aku nak peluk dia nak bagitahu yang semua akan okay, tapi aku malu. The only thing that i can do is praying for her silently. May Allah bless her throughout her life.


"Ya allah, kurniakan la kesihatan kepada cikgu lily dan angkat lah kesihatan beliau, supaya beliau masih boleh menjalankan tanggungjawab kepada mereka yang memerlukan".

 

Mohon doa dari reader juga. Korang doakan cikgu lily okay, semoga doa yang korang bisikkan dimakbulkan Allah. Amiin.


*Jumpa lagi lain entry, nanti kalau ada update pasal cikgu lily, I'll upload an entry here. Bye korang. Wasalam.

Tuesday, 26 September 2023

Counselor to be :)

Listening is often the only thing needed to help someone
-Anonymous-



Counselor ft case 1,
September, 2023.

            Assalamualaikum semua, terima kasih kepada pembaca yang membaca blog saya ni walaupon sebenarnya tkde siapa pon yang baca HAHAHAH but its okay, blog ni dikhaskan untuk meluahkan perasaan dan pengalaman peribadi aku je. Jadi aku tk heran kalau ada yang baca atau tidak. So kita patah balik ke tajuk. Aku buat tajuk macam tu sebab sekarang ni aku tengah intern dekat satu sekolah menengah ni as kaunselor pelatih. So baru-baru ni ada satu pelajar perempuan datang jumpa aku sebab dia rasa tak okay. Jadi sebagai kaunselor aku pon terima jelah. Apa kata aku letak nama dia Dahlia. Senang sikit nak cerita nanti. So Dahlia datang jumpa dan ceritakan problem dia kat aku. 

            Serba sedikit pasal Dahlia, dahlia ni mangsa penderaan fizikal, mental dan seksual. Kesian wei dengar kisah dia. Dia ni cakap dengan aku dia ada watak lain yang dia develop masa dia jadi mangsa penderaan seksual tu. Tapi dahlia cakap watak tu buatkan dia lemah dan lembik. Kalau secara personaliti nya aku perhatikan Dahlia ni, aku rasa dia ni jenis yang ceria, suka berkongsi, kalau sambil cerita tu dia akan senyum-senyum, tapi kalau watak dia berubah lagi satu tu auto dia lemah, dia berhalusinasi, dia triggered, dia bukan mcm diri dia la. So memandangkan dia ni memang mangsa dera, makanya dia ada sedikit masalah berkaitan mental dia. Dr pon dah diagnos yg Dahlia ni ada MDD, panic attack, dipression, hallucination dan sekarang ni beliau ada simptom kearah split personaliti pulak. Korang doakan tau kebaikan untuk pelajar aku ni.

            Dahlia ni suka belajar, cita-cita dia nak jadi lawyer. So masa dia bercerita tu ada la sedikit sebanyak dia tanya macam mana nak jadi lawyer, nak sambung apa lepas spm macam tu. Bila aku tanya sebab dia nak jadi lawyer dia cakap dia nak tolong orang especially orang yang ada masalah macam dia. Dan dia ada jugak mention dia try hard gila untuk berubah. Dia taknak jadi lemah mudah triggered. Aku nampak la usaha dia nak berubah tu. Dr yg dia jumpa pon izinkan dia untuk pergi sekolah balik so maksudnya mental condition dia okay untuk dia addapt dgn environment sekolah.

            Sepanjang buat sesi dengan dia, Dahlia ada mention cerita yang dia kongsikan dengan aku ni dia tak pernah cerita dengan siapa2 pon termasuk dr yang dia selalu jumpa. Aku tk pastilah kalau dia tipu ke apa tapi masa tu aku jadi terharu sebab dia kata dia pandang muka aku dia rasa macam nak meluahkan semua benda. Dia cakap air muka aku ni bukan jenis judgging ke apa. Masa tu aku rasa terahru sangat sebab pelajar aku cakap macam tu. Tapi aku kena la tahan air mata aku kang buat malu je. Sebagai kaunselor memang kena belajar banyak benda especially emosi supaya jgn sedih sangat atau terlampau percaya kata-kata student. Kena pandai balance takut dia menipu je lebih. Tapi bagi aku as long as aku tk rugi apa-apa aku dengar jelah. Lagipon aku kena kejar banyak jam kredit yang aku kena buat almost 500++ makanya aku tak heran kalau student datang nak berkongsi. 

            So bermulalah episod yg aku nampak Dahlia makin rajin datang bilik kaunseling kalau dia terserempak dengan aku dia akan tegur dulu. Dia pon aku nampak lebih happy walaupon ada juga masa dia bertukar watak tu. Tapi as long as dia pandai jaga diri aku okay je. Aku dengan kaunselor sekolah ni pon memang dah deal dengan dia, kalau dia rasa tk okay datang bilik kaunseling terus, jangan pergi mana2. Satu sekolah kami dah maklumkan yang Dahlia ni tak boleh tertekan atau kena jerit, so cikgu-cikgu kat sini pon da aware la walaupon ada juga mahkluk2 tuhan yang perangai macam hampeh tk boleh faham ada certain pelajar yang ada masalah mental macam Dahlia, tapi apa2 pon aku doakan cikgu-cikgu tu terima hidayah la.

Maka, tamatla cerita saya, nanti ada masa saya sambung lagi. Saya pergi dulu ye. hehe