Assalamualaikum, berjumpa lagi kita di rancangannnnnnnnnn (tibeehhhhhhh), berjumpa lagi kita di entry kali ni, anyoeng yoerobun π. So kali ni aku nak citer pasal sesuatu which benda ni jadi kat aku tiba2.
ha cuba tengok gambar tuh, korang ape yang telah terjadi kepada aku?? yes betholl (aku tanya aku jawab balik, korang la lambat jawab). Aku telah dimasukkn ke hospital sebab aku disyaki ada appendik. So gambar ni diambil malam lepas aku operate. Segala urat hijau keluar sebab pucat sangat HaHAHAHA. Sabar la kejap nak cerita la nih, tak menyempat la korang nih. Cerita dia start camnih....
Masa aku mula2 kena, masa tu raya 2019 aku ingat lagi, dah la baru masuk intern untuk first week, sekali second week da kena cuti sebab masuk spital apo daaaa. Aku masuk masa tu ahad pagi pukul 2-3 pagi camtuh, masa tu kat emergency lagi, pukul 7 lebih baru naik wad, masa tu tarikh which 16 jun 2019 sampai 19 jun 2019. Alkisah, pagi sabtu tu aku and family aku pi kenduri kawen kak lang aku tapi belah lelaki la, pagi tu dok happy2, gelak2 macam apo tah, masa tu tak beringat langsung dah tekono malam tu ha baru tau langit tu tinggi ko gondah (eceh bau masak lomak cili api tu kuek bona π). Okay2 serius, lepas pi kenduri kakak aku, so family aku ni decide nak gi beraya la rumah sedara mara area seremban (ye betholl aku dari n9). So ada la dalam 5 buah rumah aku pi hari tu, last rumah pukul 11.30 mlm lebih baru balik.
Starting dia bila aku start beraya rumak pakcik aku, masa tuh magrib, perut aku sebu macam masuk angin macam tuh, mencucuk2, masa tuh aku ingat aku sakit perut biasa, sebab aku ni memang selalu sakit perut pon and masa tu aku rasa mungkin aku banyak sangat makan and kebetulan minum air teh susu pulak jadi aku assume perut aku angin jelah. Pastu aku gi beraya rumak pakcik aku tapi belah mak. kat sini aku memang tak minum langsung, anddd muka aku takyah cakap la masam gila. Perut aku start sakit gila2 rumah last iaitu rumah abang sepupu aku. Kat sini memang takyah cakap la, muka da masam gila pastu aku da nak start mengamuk, sebab aku da rimas, aku nak balik rumah. akhirnya balik jugak tu pon sampai rumah dalm pkul 11.30 nak dekat2 pukul 12. Balik2 aku terus mandi sume, and guess what, aku muntah balik makanan yang aku makan masa sarapan iaitu mee kari (ππ, aku nak cerita detail, sebab nanti aku lupa, dan aku taknak benda tu jadi). Dan area pukul 12.30- pukul 2.30am tu aku muntah2 dan cirit birit. Aku takleh tidur sebab sakit gila nak mampus (tapi alhamdulillah tak mati lagi). Aku dah nangis2 sebab aku takut nak bagitahu ayah aku (masa tu ayah tak tidur lagi), aku nangis senyap2 je sampai la aku dengar suara mak aku tegur ayah asal tak tidur lagi. ha time tu aku keluar bilik aku nangis2 bagitahu mak aku. Pastu mak aku urut aku, urut perut aku, muka mak aku memag risau la (sebab dalam adik-beradik, aku ada sejarah selalu sakit, jadi attention mak aku lebih sikit kat aku)
weii korang aku rasa aku sambung kat entry lain la, macam panjang bona lak. Okay2 jom jumpa kat part 2. ciaoπ
No comments:
Post a Comment