Assalamualaikum semua, okay aku sambung balik cerita aku yang hari tu, so kalau ikutkan aku boleh belajar on9 so takde masalah untuk aku sambung belajar, tapiiiii macam aku cakap hari tu, aku penat aku nak rehat tapi macam aku tulis dekat tajuk, aku minta plan A tapi Allah bagi Plan B humm.
Before that, ada satu masa tu, kawan aku tiba-tiba ws aku, masa tu aku tengah busy nak gi cucuk vaksin kali pertama HAHAHAHAHAH, lebih kurang camni la ayat dia
Her: " Wei random sikit, jom sambung master"
Me: "kau dah kenapa? ni random sangat ni"
Dan bermula journey aku sambung master....
Suka aku ingatkan sepanjang aku nak apply sambung belajar, memang tiap-tiap hari aku solat istikharah minta supaya keputusan aku ni Allah berkati, aku dapat ilmu yang bermanfaat, dapat pengalaman baru, aku taknak bila aku sambung belajar ni jadi benda sia-sia, membazir duit semua tu. So alhamdulilah aku apply masa tu memang tuhan permudahkan urusan aku, bayangkan la eh, aku punya grad letter pon tk keluar lagi masa tu aku dah gi apply master. Kalau ikutkan senat apa semua tu, aku akan dapat grad letter lepas tarikh tutup application untuk master ni. Tapi tah macam mana pihak uni lama aku bagi grad letter tu 2 hari sebelum tarikh tutup application. Dannnn yang paling rezekinya tu, pihak uni baru aku tu extend permohonan kemasukkan ke master 2/3 minggu macam tu. So i had enough time to prepare and check everything kan?
"Then, which of favors of your Lord will you deny? "
Alhamdulliah for everthing God. Maka aku pon masuk kelas apa semua dan belajar la benda baru. Untuk pegetahuan korang, masa aku degree aku belajar psikologi, then bila aku sambung master aku amik kaunseling. So memang banyak benda yang buat aku insecure gila especially bila degree kau belajar teori bila kau sambung master kau belajar teori dan praktikal sekali. So new to me! *nanges TT* Dengan classmate yang background bukan biasa-biasa punya, masing-masing dah ada kerja yang best2, compare dengan aku ni ha dah la fresh grad, masa tu aku tgh keje kilang sarung tangan jadi insecure habis la HAHAHAHAHAHHA, lepas kerja kilang aku tukar keje kat klinik. Dalam 4 bulan keje macam tu aku apply jadi cikgu kafa dan aku dapat. So aku amik tawaran tu sebab waktu keje kafa tu lebih sesuai dengan waktu kelas aku. Kelas aku setiap jumaat dan sabtu dan perlu berulang ke utara tu ha. Jauh wei, memang penat sangat. But its okay God know me well.
*Gerak dulu sebab waktu sekolah dah tamat, nak tutup laptop semua, nanti aku share lagi :)