Monday, 30 October 2023

Jauh Berjalan Luas Pengalaman

 Seperti memalu ular dalam benih, ular biar mati, benih jangan rosak

Maksud: Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan masalah.


Si Tajam akal,

End of Oktober, 2023


    Assalamualaikum dan hye korang, aku nak share pasal satu cerita ni, semalam aku ada join satu program ni as fasi la kat bagan lalang. Sekolah yang aku pergi ni kira sekolah pames kt malaysia ni wei sebab sekolah dorang antara top 3 terbaik kat Malaysia ni. jadi aku pon teruja la sebab pestime nk tengok macam mana budak2 pandai ni join program. Aku dengan penyelia aku amik slot ice breaking dengan team bulding. So kami punya slot petang. Tapi tk kisah pon kan sebab buat program dgn budak pandai ni lain macam sikit aura dia. Tapi memang aku tkleh nak cakap la sebab vibe dorang best gila. Masa aktiviti tu berlangsung aku ada pasang lagu tau, pergh budak-budak ni siap nyanyi sekali dah macam konsert aku rasa. Best gila weiiiiiiii. Pastu buat aktiviti kat pantai pulak, perghh sangat enjoy, dorang punya presentation memang gempak. Some of them speaking wei, so aku mcm excited gila sebab sekolah tempat aku intern ni kalau program mmg vibe tk check la. Budak-budak pemalu, yang memekak pon ada, mmg tk best. Kalau tanya soalan pon pastu tkde respon. Sebab tu aku excited bila penyelia aku nak angkut aku gi join program tu. 

    Pastukan aura disiplin dia mmg tkleh nk decribe, bagi salam pon ada nada dia wei, jawab salam pon camtu gak. Uishhh meremang aku dah macam robot hahahhahahahah. kat pantai tu pulak dia punya hakka tu dah rasa macam masuk tentera. Dengan semangat dia perggggghhh bestttttt. Meremang-remang bulu roma aku semalam. Aku memang seronok sangat, aku tk sangka la budak-budak sbp ni kena trained mcm ni. Dorang punya self confident, kerjasama dia memang power. Aku jadi impressed gila, and tetiba aku mcm semangat la like kalau ada ank (mata ke atas), aku nak suruh dia masuk sbp. Sebab aku tau environment dia mmg jadikan kan kita ni seorang leader yang bagus dan berdisiplin giteww. Belajar pandai, dgr cakap dan arahan, berkerjasama, the aura tu perghhhh mmg shining gila. Memang satu pengalaman yg sangat best bila dpt join program anjuran sbp ni, lain maciammmm. hahhahahahahahahh. Background sekolah pon bukan cikai2 punya, memang satu pengalaman menarik la sepanjang aku praktikal kat sekolah. Tu je cerita aku kali ni, lain cerita aku tulis lain kali la ye. bye2 you


love korang ❤

Tuesday, 24 October 2023

When Leo Fall For the Libra 2.0


-One day I caught myself smiling for no reason, and then I realized I was thinking of you-


Leo vs Libra
End of Oktober, 2023


Assalamualaikum dan hye korang, lama kan aku tk update dekat blog ni. Macam yang korang tahu, aku sekarang tengah sambung belajar dan tengah intern kat sekolah as kaunselor pelatih. Makanya aku sangatlah sibuk sampai tak ada masa nak post something pasal myself dekat blog ni. Actually, banyak je benda best yang jadi sepanjang minggu sebelum2 ni, tapi sebab takda masa nak tulis dan sebenarnya lebih pada malas jadi no story hehehhe. Seperti tajuk di atas, ingat tk kisah aku cerita sebelum ni, alah yang apasal one of my bestfriend yang berjantina lelaki tu yang aku rasa macam aku suka dekat dia, tapi pada masa yang sama aku rasa mungkin sebab aku tengah broken, jadi dia muncul pada masa yang kurang tepat giteww.

Tapi kan kalau ikutkan sepanjang perkenalan kami dekat uni, aku rasa aku ni tertarik jugak sikit dengan dia ni. Mungkin sebab kami rapat and dia macam soft spoken macam tu walaupon kadang-kadang perangai mintak kaki sikit tapi takpe aku maafkan. Mungkin masa uni dulu aku just suka sikit-sikit je sebab masa kt uni, dia ni couple dengan budak persatuan kami jugak. Masa tu, dia couple senyap-senyap wei (actually tkdelah senyap sangat sebab kami tahu jugak, walaupon kami tk cakap apa2). Jadi takkan la aku nak cakap aku suka dia. Eh waittttt, aku suka dia sebab personaliti dia tu ada macam ciri-ciri yang aku nak, tapi kalau nak kawen dengan dia memang tak la, wasalam siap2.

Tapi menariknya tentang dia ni, sepanjang aku kenal dia dah dekat 6 tahun ni, aku tak pernah dengar dia mencarut, aku ulangi TAK PERNAH!!. see memang A+ dia ni. Sebab tu kalau korang kenal dia korang akan suka dia. Macam aku cakap tadi walaupon dia tk mencarut but still bila dia bagi nasihat atau tegur sikit tu dia punya makan dalam, sadaqallah lah pada hati2 yang kotor ni. HAAHAHAHAH. 

Aku selesa kawan dengan dia, tapi ramai sangat yang simpan perasaan dekat dia. Aku jadi insecure bukan sebab aku kalah ke apa tapi kalau kami bergurau-gurau ke apa kan, mesti kawan-kawan yang lain dok kenenkan aku dengan dia. Aku tak suka kang tk memasal aku suka dan susah nk move on pulak. Tapi buat masa sekarang aku suka dia ringan-ringan je. Korang jangan nk mengada kata aku suka dia sangat-sangat pulak.

Hari tu dia ada la ws aku, macam-macam dia cerita kat aku especially bila dia kerja ni. Hidup dia pon manjang busy je sejak2 ada title engineer ni. Mana la nak setanding kesibukkan aku sebagai kaunselor pelatih, cehhh merendah diri pulak kau ni aihh. Eh tapi nanti lah aku sambung balik, sebab tiba-tiba anak murid aku datang nak melepak dekat bilik kaunseling pulak. so nanti-nanti la kita citer balik.


bye korang, love you❤

Tuesday, 3 October 2023

When Leo fall for the Libra

 

-And suddenly all the love songs were about you-


Leo vs Libra,

Oktober, 2023.

        Assalamualaikum korang, sihat ke tu? okay kali ni aku macam rajin sikit nak update blog aku ni. Tengok tajuk apa jadah la aku letak zodiak ni. Tapi sebenarnya ada isu jugak pasal zodiak ni. As muslim kita memang tak digalakkan untuk percaya benda-benda karut, Tapi sebenarnya aku letak nama zodiak ni sebab aku nak cerita pasal sorang mamat kat korang. Leo tu aku manakala Libra tu dia. 

        Alkisahnya, aku kenal Libra ni masa aku universiti dulu. Dekat Uni aku dulu aku ada join satu persatuan ni, so dekat situ la aku kenal dan rapat dengan dia. Tapiiiiii dulu aku memang anggap dia kawan, sekarang keadaan dah berubah, nak kata aku suka dia, aku anggap dia macam kawan lagi, tapi pada masa yang sama aku macam ada crush sikit kat dia, maybe sebab personaliti dia tu ngam dengan aku kot. Aku rasa la macam tu..

        Libra ni kan orang nya segak. Pada pandangan mata aku, secara fizikal dia ni ada rupa. Mana tak nye, almost kawan-kawan aku yang dalam persatuan aku rasa ada a little bit of crush at him. Klau ikut muka dia boleh tahan, dia ni tak la tinggi sangat, rendah pon tk jugak, kiranya kalau berdiri sebelah aku, aku ni pendek sikit je dari dia. Kulit dia cerah, dan dia ni pakai spek. Aku pernah tengok mata dia masa dia bukak spek tu, mata dia macam coklat cair tu, tapi tak berapa nak cair sgt. Kiranya sekali imbas nampak la warna mata tu bukan hitam. Paling aku suka dekat dia ni mata dia. Mata dia macam kakak aku. Sebab tu aku suka tengok mata dia (time tulis ni pon dah sengih-sengih ha, aduh rosak dah aku, hahhahahahah). Kalau tengok fizikal dia memang okay la, jenis badan macam ala2 abam askar gitu, Sangat aktif weii, stamina dia kalau compare dengan aku, memang aku kalah habis. 

        Itu kalau tengok secara fizikal la, tapi aku personaliti aku suka sebab dia ni macam tenang tau. Aku jarang tengok dia marah dan dia bukan jenis orang yang sweet talker. Dia akn sweet talker dengan orang yang betul2 rapat dengan dia contohnya macam aku. Dia berani buat pickup line dekat aku sebab dia tahu aku ni mmg tkde perasaan dkt dia. Aku jenis layan je apa yang dia nak. Dia nak sweet2 aku bagi dia sweet2. Tapi macam aku cakap keadaan sekarang dah berubah, semenjak dua menjak bila takde crush ni aku selalu gak ws dia atau dia akan ws aku. Dan kalau kami bermesej kami akn mesej sampai malam. Tapi of course perbualan hanya berkisarkan kehidupan seharian atau dia carik pasal dengan aku. Selain itu, aku rasa aku suka dia sebab kadang-kadang pendapat dia tu agak mindblowing jugak la, nampak macam "eh bijak nya dia ni", aku suka lelaki yang style2 macam tu hehehe.

        Red flag? of course ada, walaupon dia ni bukan jenis marah-marah, tapi aku perasan dia ni mudah terasa hati, suka merajuk, dah suka bagi aku ayat sentap. Pastu dia ni tk boleh buat keputusan yang baik atau tepat apabila melibatkan emosi dan perasaan. Contoh dia macam main tarik tali macam tu. Jadi aku tk berapa berkenan sangat kalau lelaki tu tak tahu apa yang dia nak dalam hidup dia especially bila berkaitan dengan pasangan hidup. Mungkin sebab dia muda lagi kot. So dia kadang2 mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. kot laaa. Dia suka perempuan A tapi perempuan B pon okay jugak. Pastu tk tahu nak pilih siapa. Dah macam bagi harapan dekat orang. Pastu kang pening sorang-sorang. Aduii.

        Aku rasa mungkin aku suka dia ni sebab character dia kot. Bila aku sedih dia kawan leleki aku yang aku carik. Dan paling memalukan aku pernah mengadu dan menangis bagi voice note dkt dia sebab aku ada prob dengan kakak aku. Eeeiii macam sakai. tak boleh dimaafkan langsung huwaaaaa. Tapi tkpelah past is past. Akan datang aku akan lebih berhati-hati. Kenapa aku ws dia sebab bila aku ngadu tu dia akn support aku and motivate aku. Aku selesa share dengan dia tpi tk semua aku share. Hanya certain part jelah. 

        Tapi kalau tanya aku sekarang ni "nak kawen dengan dia tk?" aku akan jawab "taknak, sebab dia kawan aku, sangatlah spoil kawen dengan bestfriend sendiri". Aku dah anggap dia kawan aku kot. Bagi aku kawan baik tak boleh jadi suami. Sebab nanti aku geli hahahahhahhhah. Tapi aku rasa mungkin aku tertarik dengan dia sebab sekarang ni aku tengah broken, and dia ada pulak, so aku ni kira red flag jugak ke macam mana? hahahahha. Ada lagi aku nak cerita tapi tak sempat kot sebab aku nak kemas2 barang sebelum balik sekolah ni. Nak berkejar pi keje petang ni pula. So nanti aku sambung balik.


Bye korang, love you❤