Tuesday, 3 October 2023

When Leo fall for the Libra

 

-And suddenly all the love songs were about you-


Leo vs Libra,

Oktober, 2023.

        Assalamualaikum korang, sihat ke tu? okay kali ni aku macam rajin sikit nak update blog aku ni. Tengok tajuk apa jadah la aku letak zodiak ni. Tapi sebenarnya ada isu jugak pasal zodiak ni. As muslim kita memang tak digalakkan untuk percaya benda-benda karut, Tapi sebenarnya aku letak nama zodiak ni sebab aku nak cerita pasal sorang mamat kat korang. Leo tu aku manakala Libra tu dia. 

        Alkisahnya, aku kenal Libra ni masa aku universiti dulu. Dekat Uni aku dulu aku ada join satu persatuan ni, so dekat situ la aku kenal dan rapat dengan dia. Tapiiiiii dulu aku memang anggap dia kawan, sekarang keadaan dah berubah, nak kata aku suka dia, aku anggap dia macam kawan lagi, tapi pada masa yang sama aku macam ada crush sikit kat dia, maybe sebab personaliti dia tu ngam dengan aku kot. Aku rasa la macam tu..

        Libra ni kan orang nya segak. Pada pandangan mata aku, secara fizikal dia ni ada rupa. Mana tak nye, almost kawan-kawan aku yang dalam persatuan aku rasa ada a little bit of crush at him. Klau ikut muka dia boleh tahan, dia ni tak la tinggi sangat, rendah pon tk jugak, kiranya kalau berdiri sebelah aku, aku ni pendek sikit je dari dia. Kulit dia cerah, dan dia ni pakai spek. Aku pernah tengok mata dia masa dia bukak spek tu, mata dia macam coklat cair tu, tapi tak berapa nak cair sgt. Kiranya sekali imbas nampak la warna mata tu bukan hitam. Paling aku suka dekat dia ni mata dia. Mata dia macam kakak aku. Sebab tu aku suka tengok mata dia (time tulis ni pon dah sengih-sengih ha, aduh rosak dah aku, hahhahahahah). Kalau tengok fizikal dia memang okay la, jenis badan macam ala2 abam askar gitu, Sangat aktif weii, stamina dia kalau compare dengan aku, memang aku kalah habis. 

        Itu kalau tengok secara fizikal la, tapi aku personaliti aku suka sebab dia ni macam tenang tau. Aku jarang tengok dia marah dan dia bukan jenis orang yang sweet talker. Dia akn sweet talker dengan orang yang betul2 rapat dengan dia contohnya macam aku. Dia berani buat pickup line dekat aku sebab dia tahu aku ni mmg tkde perasaan dkt dia. Aku jenis layan je apa yang dia nak. Dia nak sweet2 aku bagi dia sweet2. Tapi macam aku cakap keadaan sekarang dah berubah, semenjak dua menjak bila takde crush ni aku selalu gak ws dia atau dia akan ws aku. Dan kalau kami bermesej kami akn mesej sampai malam. Tapi of course perbualan hanya berkisarkan kehidupan seharian atau dia carik pasal dengan aku. Selain itu, aku rasa aku suka dia sebab kadang-kadang pendapat dia tu agak mindblowing jugak la, nampak macam "eh bijak nya dia ni", aku suka lelaki yang style2 macam tu hehehe.

        Red flag? of course ada, walaupon dia ni bukan jenis marah-marah, tapi aku perasan dia ni mudah terasa hati, suka merajuk, dah suka bagi aku ayat sentap. Pastu dia ni tk boleh buat keputusan yang baik atau tepat apabila melibatkan emosi dan perasaan. Contoh dia macam main tarik tali macam tu. Jadi aku tk berapa berkenan sangat kalau lelaki tu tak tahu apa yang dia nak dalam hidup dia especially bila berkaitan dengan pasangan hidup. Mungkin sebab dia muda lagi kot. So dia kadang2 mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. kot laaa. Dia suka perempuan A tapi perempuan B pon okay jugak. Pastu tk tahu nak pilih siapa. Dah macam bagi harapan dekat orang. Pastu kang pening sorang-sorang. Aduii.

        Aku rasa mungkin aku suka dia ni sebab character dia kot. Bila aku sedih dia kawan leleki aku yang aku carik. Dan paling memalukan aku pernah mengadu dan menangis bagi voice note dkt dia sebab aku ada prob dengan kakak aku. Eeeiii macam sakai. tak boleh dimaafkan langsung huwaaaaa. Tapi tkpelah past is past. Akan datang aku akan lebih berhati-hati. Kenapa aku ws dia sebab bila aku ngadu tu dia akn support aku and motivate aku. Aku selesa share dengan dia tpi tk semua aku share. Hanya certain part jelah. 

        Tapi kalau tanya aku sekarang ni "nak kawen dengan dia tk?" aku akan jawab "taknak, sebab dia kawan aku, sangatlah spoil kawen dengan bestfriend sendiri". Aku dah anggap dia kawan aku kot. Bagi aku kawan baik tak boleh jadi suami. Sebab nanti aku geli hahahahhahhhah. Tapi aku rasa mungkin aku tertarik dengan dia sebab sekarang ni aku tengah broken, and dia ada pulak, so aku ni kira red flag jugak ke macam mana? hahahahha. Ada lagi aku nak cerita tapi tak sempat kot sebab aku nak kemas2 barang sebelum balik sekolah ni. Nak berkejar pi keje petang ni pula. So nanti aku sambung balik.


Bye korang, love you❤



No comments:

Post a Comment