"Believe you can and you're halfway there"
-Theodore Roosevelt-
2023 vs 2024,
April, 2024
Salam dan selamat pagi korang, hari ni kita post blog waktu pagi weii, sebab aku sekarang ni sudah ada di sekolah untuk intern gue. Btw, sihat ke tu? lama tk dengar khabar, hihihii, maaf la saya dah jarang update dekat blog, dia tk busy tapi dia lebih kepada malas untuk menulis dan fikir penggunaan perkataan yang sesuai, makanya, aku malas nak tulis. Aku sihat, alhamdulillah, masih bernafas cumanya sekarang ni masih di awal bulan syawal jadi tiba2 aku demam, batuk dan selsema, pakej tiga serangkai. Sebelum itu, saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin untuk tahun 2024, semoga kalian maafkan setiap kesalahan saya sepanjang perkenalan kita di blog ni (kalau ada yg baca la). Pengalaman raya tahun ni okay la, menarik dan ada je benda baru yang terjadi, tapi taknak cerita psal raya sebab itu bukan tujuan asal menulis hari ni, kita nak tulis pasal kehidupan bergelar pelajar master yang belajar sambil bekerja.
Sadaqallahulazim, susah jugak eh belajar sambil kerja, especially bila kena buat intern kat sekolah yang memerlukan kaunselor waktu pagi dan sebelah petang pulak mengajar kafa. Dua benda yang berbeza pendekatannya tapi target yang sama iaitu pelajar sekolah. Lepas tu, dengan penulisan thesis yang kelaut dan tergantung sepi macam tu je, memang aku tengah gali kubur sendiri nampaknya. masih ada masa tapi aku percaya kualiti dia takkan sama macam aku buat yang terbaik, Mungkin nanti aku akan buat for the sake of nak setelkan cepat je. So kadang-kadang aku tertanya aku nak apa sebenarnya dalam hidup ni, macam takde hala tuju, takde motivasi untuk teruskan apa yang aku tengah buat sekarang ni, semua nye kelam kabut, takde fokus, malas is the big reason why this happened to me. tapi aku lagi 20% kot nak setel semua cumanya entah la, banyak benda aku nak buat dalam satu masa sampai tak tau nak fokus yg mana satu.
Sekarang ni, penyelia lapangan aku dah pindah PPD pulak, so tinggal aku sorang as kaunselor pelatih dekat sekolah ni, lagi la aku stress dengan kelam kabutnya sekolah ni, dengan tkde kaunselor tetap, ya ampun pelik sungguh, tapi aku cuba buat yang terbaik untuk setelkan secepatnya intern dengan penulisan thesis aku ni, dah tak sabar nak habiskan. Ya allah mudahkanlah, amiinn. Owh lupa pulak aku kena sign out dulu sebab nak tulis buku log aku yg banyak nak kena update tu. bye korang jumpa lagi.
love you❤
No comments:
Post a Comment