-Anonymous-
The Broken Heart,
2019 vs 2023.
Aku kenalkan beliau sebagai A. Kenapa A? sebab itu initial nama dia. Pada awal perkenalan, kami hanya orang asing dimana aku sebagai pesakit dan dia sebagai petugas di waktu itu. Masih ingat cerita kami? Ya cerita yang aku pernah kongsikan pada kalian di entri sebelum ini dimana aku dimasukkan ke dalam wad disebabkan oleh appendik. Ye dia adalah lelaki yang sama. Sepanjang perkenalan kami di media sosial, tak banyak cerita yang kami kongsikan. Hanya sekadar berbasa basi, bertanya khabar dan juga ucapan hari jadi dan hari raya yang menjadi penghubung kami untuk saling berkomunikasi. Sudah tentu dalam situasi ini aku yang paling beria kerana aku hanya seorang asing yang tiba-tiba jatuh suka pada dia yang hanya menjalankan tugasnya sebagai doktor.
Dalam ramai lelaki yang hadir dalam hidup aku, Dia diantara yang paling istimewa kerana tiada satu ahli keluarga, kawan-kawan atau kenalan rapat aku yang tahu kisah ini. Aku tutup serapat-rapat yang mungkin cerita kami dan aku hanya berkongsi dan bercerita pada tuhan yang satu. Bagi aku rahsia ini akan ku bawa sampai mati kononnya. Akan tetapi, aku hanya manusia biasa yang jiwa nya rapuh apabila sesuatu kesukaanku diambil dariku. Semalam 07/08/2023 tarikh dimana aku mengetahui dia sudah menjadi milik orang. Hati aku sebu, dan untuk menghilangkan rasa itu aku cuba menangis dan ia berjaya. Tapi sedih tu tak hilang seolah-olah perasaan untuk menerima itu tiada. Jadi aku cuba berkongsi dengan sahabat baikku, tapi, ada satu perasaan yang menghalang dari aku bercerita dengan lebih mendalam tentang dia. Dan kerana itu, aku decide untuk luahkan perasaan di dalam entri kali ini.
Dulu aku rajin gila update media sosial aku sebab aku nak atrract attention dia, tujuan aku nak bagitahu bahawa aku masih wujud dalam hidup dia. Dia tak reply atau komen aku tk kisah yang penting bila aku post something, dia ada baca. Masa tu aku crush teruk dengan dia. Sampai satu saat aku jadi penat dan aku tk nak hidup macam tu. Jadi aku decide untuk lepaskan dia dalam jagaan tuhan. Hati aku lapang dan setiap kali aku lalu depan tempat kerja dia aku akan doakan dia. kenapa aku cakap dia paling istimewa, sebab nama dia yang paling banyak aku sebutkan setiap malam pertiga, setiap istikharah yang aku hidupkan setiap waktu doa dimakbulkan jadi dia memang betul-betul aku letakkan dalam hatiku. Macam aku cakap entri sebelum ni, bila aku kata ya tapi tuhan punya rencana lain, siapalah aku yang cuma hamba ingin persoal takdir?
Suka ingin aku sebutkan, kesalahan ini adalah dari pihak aku. Sepanjang aku mendoakan dia, banyak peluang yang tuhan bagi untuk aku luahkan perasaan. Malangnya aku tiada keberanian dan bagi aku perasaan yang ingin diungkapkan belum sesuai lagi waktunya. Jadi aku ambil keputusan untuk diam dan hanya mendoakan dia dari jauh. Waktu itu keyakinanku tinggi yang dia akan jadi milikku tetapi impian hanya tinggal kenangan, doa aku tak seteguh dan sekuat doa isterinya. Aku kalah dengan wanita yang berjaya menjadi isterinya sekarang. melihat raut wajah dan senyuman yang diukirkan melalui gambar di laman instagram menunjukkan bahwa dia sudah bahagia. Bahagia dengan pujaan hatinya.
Aku? aku hanya penunggu setia, yang menunggu waktu untuk menerima kekalahanku dalam memperjuangkan takdirku bersama dia. Akan kucuba berlapang dada untuk menerima takdir ini. Aku tuliskan doa dan harapan untuk dia yang pernah menjadi sebahagian dalam doa harianku agar bahagia bersama keluarga barunya. Ku panjatkan doa agar dia menjadi sebaik-baik lelaki yang mampu menjaga dan mencintai isteri dan keluarga sebagai mana dia mencintai pencipta dan agamanya. Tidak lupa doa buat diri ini agar menerima apa yang telah direncanakan tuhan. Dan buat kalian yang membaca penulisan ini terima kasih untuk doa dan masa yang telah kalian luangkan hanya untuk membaca luahan bodoh ini.
Terima kasih kerana menjadi suatu yang pernah membahagiakan <3
No comments:
Post a Comment