Sunday, 19 November 2023

Life As Master's Student

 

We are often so stressed and busy, that we don't realize we're in the middle of something we prayed for

-someone, 2023-


Me vs Myself,

November, 2023


Salam dan hye korang. Seperti tajuk di atas, yupp, aku pernah bagitahu sebelum ni yang aku further study higher than my degree, which i am master's student in counselling somewhere in ipta dan currently aku stress because of my intern as well as my thesis. Actually kalau aku cek balik jadual aku, sebenarnya aku ni tkde la busy. Setiap malam ada je waktu dan aku pon jarang buat sesi time intern tu. But aku perasan aku mcm tkde mood nk buat. I dont know why *crying. Aku banyak tangguh kerja aku. Ikutkan plan aku this sem, aku nak setelkan aku punya paper writing and my intern next sem but kalau tengok keadaan malas aku ni aku rasa macam next sem aku akan berkejar sana sini. which i dont want that happen. Tapi aku tktahu kenapa benda tu jadi kat aku. I just dont prepare for the worse huwaaaaaaa...Maybe because aku rasa i still have plenty of time and benda tu buat aku lagi tangguh segala kerja yang ada.

Tau tak betapa sakainya aku, aku boleh relax lagi mcm tkde apa..padahal somehow fikir jugak pastu nanti stress lagi,, tak sukanyaaaaaaaaaaaaa!! Dah la dengan past research aku tk cari lagi, aku tk rangka lagi nak buat apa, mmg zero weii dan aku masih bertenangggg!!! omggg!!!!. sangat tak boleh dimaafkan!!

Tapi, ada certain part yang masih boleh dimaafkan which is my proposal dah submit dan approve by my supervisor dan aku baru start data collection which aku perlukan 15 org participant but I already got 7 persons, so dia macam okay la. Sekurang-kurangnya ada la gerak sikit kerja aku takde la zero sgt. cumanya aku masih tak tulis apa2 dalam thesis lagi. Sepatutnya aku dah kena buat draft tapi aku gatal tknk buat lagi sebab im so lazyyyyyyyy! But ada progress tu okay la kan.

And now aku kena uruskan a few documents melibatkan kpm tpi kena apporoval supervisor pulak, dah la jauh nak berulang alik tu, tapi plan nk gi minggu ni tapi tengok dulu mcm mana sebab aku kena edit aku punya proposal dulu bagi cun then baru la aku boleh bagi kat supervisor aku tu nanti, takde lah dia nak bebel ke apa nanti tu. Dan tolong la aku kena ingat nk edit progress thesis aku dkt portal uni so that baru ada markah kalau tk, uni kata aku tk buat kerja. ciss.

Aku rasa tu je kot aku nak bebel malam ni. aku harap esok2 aku ada better plan dan lebih prepare. takdelah nak gelabah pastu menangis tk tentu pasal. heheh. so tu je untuk hari ni, bye korang!


love you❤

Monday, 30 October 2023

Jauh Berjalan Luas Pengalaman

 Seperti memalu ular dalam benih, ular biar mati, benih jangan rosak

Maksud: Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan masalah.


Si Tajam akal,

End of Oktober, 2023


    Assalamualaikum dan hye korang, aku nak share pasal satu cerita ni, semalam aku ada join satu program ni as fasi la kat bagan lalang. Sekolah yang aku pergi ni kira sekolah pames kt malaysia ni wei sebab sekolah dorang antara top 3 terbaik kat Malaysia ni. jadi aku pon teruja la sebab pestime nk tengok macam mana budak2 pandai ni join program. Aku dengan penyelia aku amik slot ice breaking dengan team bulding. So kami punya slot petang. Tapi tk kisah pon kan sebab buat program dgn budak pandai ni lain macam sikit aura dia. Tapi memang aku tkleh nak cakap la sebab vibe dorang best gila. Masa aktiviti tu berlangsung aku ada pasang lagu tau, pergh budak-budak ni siap nyanyi sekali dah macam konsert aku rasa. Best gila weiiiiiiii. Pastu buat aktiviti kat pantai pulak, perghh sangat enjoy, dorang punya presentation memang gempak. Some of them speaking wei, so aku mcm excited gila sebab sekolah tempat aku intern ni kalau program mmg vibe tk check la. Budak-budak pemalu, yang memekak pon ada, mmg tk best. Kalau tanya soalan pon pastu tkde respon. Sebab tu aku excited bila penyelia aku nak angkut aku gi join program tu. 

    Pastukan aura disiplin dia mmg tkleh nk decribe, bagi salam pon ada nada dia wei, jawab salam pon camtu gak. Uishhh meremang aku dah macam robot hahahhahahahah. kat pantai tu pulak dia punya hakka tu dah rasa macam masuk tentera. Dengan semangat dia perggggghhh bestttttt. Meremang-remang bulu roma aku semalam. Aku memang seronok sangat, aku tk sangka la budak-budak sbp ni kena trained mcm ni. Dorang punya self confident, kerjasama dia memang power. Aku jadi impressed gila, and tetiba aku mcm semangat la like kalau ada ank (mata ke atas), aku nak suruh dia masuk sbp. Sebab aku tau environment dia mmg jadikan kan kita ni seorang leader yang bagus dan berdisiplin giteww. Belajar pandai, dgr cakap dan arahan, berkerjasama, the aura tu perghhhh mmg shining gila. Memang satu pengalaman yg sangat best bila dpt join program anjuran sbp ni, lain maciammmm. hahhahahahahahahh. Background sekolah pon bukan cikai2 punya, memang satu pengalaman menarik la sepanjang aku praktikal kat sekolah. Tu je cerita aku kali ni, lain cerita aku tulis lain kali la ye. bye2 you


love korang ❤

Tuesday, 24 October 2023

When Leo Fall For the Libra 2.0


-One day I caught myself smiling for no reason, and then I realized I was thinking of you-


Leo vs Libra
End of Oktober, 2023


Assalamualaikum dan hye korang, lama kan aku tk update dekat blog ni. Macam yang korang tahu, aku sekarang tengah sambung belajar dan tengah intern kat sekolah as kaunselor pelatih. Makanya aku sangatlah sibuk sampai tak ada masa nak post something pasal myself dekat blog ni. Actually, banyak je benda best yang jadi sepanjang minggu sebelum2 ni, tapi sebab takda masa nak tulis dan sebenarnya lebih pada malas jadi no story hehehhe. Seperti tajuk di atas, ingat tk kisah aku cerita sebelum ni, alah yang apasal one of my bestfriend yang berjantina lelaki tu yang aku rasa macam aku suka dekat dia, tapi pada masa yang sama aku rasa mungkin sebab aku tengah broken, jadi dia muncul pada masa yang kurang tepat giteww.

Tapi kan kalau ikutkan sepanjang perkenalan kami dekat uni, aku rasa aku ni tertarik jugak sikit dengan dia ni. Mungkin sebab kami rapat and dia macam soft spoken macam tu walaupon kadang-kadang perangai mintak kaki sikit tapi takpe aku maafkan. Mungkin masa uni dulu aku just suka sikit-sikit je sebab masa kt uni, dia ni couple dengan budak persatuan kami jugak. Masa tu, dia couple senyap-senyap wei (actually tkdelah senyap sangat sebab kami tahu jugak, walaupon kami tk cakap apa2). Jadi takkan la aku nak cakap aku suka dia. Eh waittttt, aku suka dia sebab personaliti dia tu ada macam ciri-ciri yang aku nak, tapi kalau nak kawen dengan dia memang tak la, wasalam siap2.

Tapi menariknya tentang dia ni, sepanjang aku kenal dia dah dekat 6 tahun ni, aku tak pernah dengar dia mencarut, aku ulangi TAK PERNAH!!. see memang A+ dia ni. Sebab tu kalau korang kenal dia korang akan suka dia. Macam aku cakap tadi walaupon dia tk mencarut but still bila dia bagi nasihat atau tegur sikit tu dia punya makan dalam, sadaqallah lah pada hati2 yang kotor ni. HAAHAHAHAH. 

Aku selesa kawan dengan dia, tapi ramai sangat yang simpan perasaan dekat dia. Aku jadi insecure bukan sebab aku kalah ke apa tapi kalau kami bergurau-gurau ke apa kan, mesti kawan-kawan yang lain dok kenenkan aku dengan dia. Aku tak suka kang tk memasal aku suka dan susah nk move on pulak. Tapi buat masa sekarang aku suka dia ringan-ringan je. Korang jangan nk mengada kata aku suka dia sangat-sangat pulak.

Hari tu dia ada la ws aku, macam-macam dia cerita kat aku especially bila dia kerja ni. Hidup dia pon manjang busy je sejak2 ada title engineer ni. Mana la nak setanding kesibukkan aku sebagai kaunselor pelatih, cehhh merendah diri pulak kau ni aihh. Eh tapi nanti lah aku sambung balik, sebab tiba-tiba anak murid aku datang nak melepak dekat bilik kaunseling pulak. so nanti-nanti la kita citer balik.


bye korang, love you❤

Tuesday, 3 October 2023

When Leo fall for the Libra

 

-And suddenly all the love songs were about you-


Leo vs Libra,

Oktober, 2023.

        Assalamualaikum korang, sihat ke tu? okay kali ni aku macam rajin sikit nak update blog aku ni. Tengok tajuk apa jadah la aku letak zodiak ni. Tapi sebenarnya ada isu jugak pasal zodiak ni. As muslim kita memang tak digalakkan untuk percaya benda-benda karut, Tapi sebenarnya aku letak nama zodiak ni sebab aku nak cerita pasal sorang mamat kat korang. Leo tu aku manakala Libra tu dia. 

        Alkisahnya, aku kenal Libra ni masa aku universiti dulu. Dekat Uni aku dulu aku ada join satu persatuan ni, so dekat situ la aku kenal dan rapat dengan dia. Tapiiiiii dulu aku memang anggap dia kawan, sekarang keadaan dah berubah, nak kata aku suka dia, aku anggap dia macam kawan lagi, tapi pada masa yang sama aku macam ada crush sikit kat dia, maybe sebab personaliti dia tu ngam dengan aku kot. Aku rasa la macam tu..

        Libra ni kan orang nya segak. Pada pandangan mata aku, secara fizikal dia ni ada rupa. Mana tak nye, almost kawan-kawan aku yang dalam persatuan aku rasa ada a little bit of crush at him. Klau ikut muka dia boleh tahan, dia ni tak la tinggi sangat, rendah pon tk jugak, kiranya kalau berdiri sebelah aku, aku ni pendek sikit je dari dia. Kulit dia cerah, dan dia ni pakai spek. Aku pernah tengok mata dia masa dia bukak spek tu, mata dia macam coklat cair tu, tapi tak berapa nak cair sgt. Kiranya sekali imbas nampak la warna mata tu bukan hitam. Paling aku suka dekat dia ni mata dia. Mata dia macam kakak aku. Sebab tu aku suka tengok mata dia (time tulis ni pon dah sengih-sengih ha, aduh rosak dah aku, hahhahahahah). Kalau tengok fizikal dia memang okay la, jenis badan macam ala2 abam askar gitu, Sangat aktif weii, stamina dia kalau compare dengan aku, memang aku kalah habis. 

        Itu kalau tengok secara fizikal la, tapi aku personaliti aku suka sebab dia ni macam tenang tau. Aku jarang tengok dia marah dan dia bukan jenis orang yang sweet talker. Dia akn sweet talker dengan orang yang betul2 rapat dengan dia contohnya macam aku. Dia berani buat pickup line dekat aku sebab dia tahu aku ni mmg tkde perasaan dkt dia. Aku jenis layan je apa yang dia nak. Dia nak sweet2 aku bagi dia sweet2. Tapi macam aku cakap keadaan sekarang dah berubah, semenjak dua menjak bila takde crush ni aku selalu gak ws dia atau dia akan ws aku. Dan kalau kami bermesej kami akn mesej sampai malam. Tapi of course perbualan hanya berkisarkan kehidupan seharian atau dia carik pasal dengan aku. Selain itu, aku rasa aku suka dia sebab kadang-kadang pendapat dia tu agak mindblowing jugak la, nampak macam "eh bijak nya dia ni", aku suka lelaki yang style2 macam tu hehehe.

        Red flag? of course ada, walaupon dia ni bukan jenis marah-marah, tapi aku perasan dia ni mudah terasa hati, suka merajuk, dah suka bagi aku ayat sentap. Pastu dia ni tk boleh buat keputusan yang baik atau tepat apabila melibatkan emosi dan perasaan. Contoh dia macam main tarik tali macam tu. Jadi aku tk berapa berkenan sangat kalau lelaki tu tak tahu apa yang dia nak dalam hidup dia especially bila berkaitan dengan pasangan hidup. Mungkin sebab dia muda lagi kot. So dia kadang2 mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. kot laaa. Dia suka perempuan A tapi perempuan B pon okay jugak. Pastu tk tahu nak pilih siapa. Dah macam bagi harapan dekat orang. Pastu kang pening sorang-sorang. Aduii.

        Aku rasa mungkin aku suka dia ni sebab character dia kot. Bila aku sedih dia kawan leleki aku yang aku carik. Dan paling memalukan aku pernah mengadu dan menangis bagi voice note dkt dia sebab aku ada prob dengan kakak aku. Eeeiii macam sakai. tak boleh dimaafkan langsung huwaaaaa. Tapi tkpelah past is past. Akan datang aku akan lebih berhati-hati. Kenapa aku ws dia sebab bila aku ngadu tu dia akn support aku and motivate aku. Aku selesa share dengan dia tpi tk semua aku share. Hanya certain part jelah. 

        Tapi kalau tanya aku sekarang ni "nak kawen dengan dia tk?" aku akan jawab "taknak, sebab dia kawan aku, sangatlah spoil kawen dengan bestfriend sendiri". Aku dah anggap dia kawan aku kot. Bagi aku kawan baik tak boleh jadi suami. Sebab nanti aku geli hahahahhahhhah. Tapi aku rasa mungkin aku tertarik dengan dia sebab sekarang ni aku tengah broken, and dia ada pulak, so aku ni kira red flag jugak ke macam mana? hahahahha. Ada lagi aku nak cerita tapi tak sempat kot sebab aku nak kemas2 barang sebelum balik sekolah ni. Nak berkejar pi keje petang ni pula. So nanti aku sambung balik.


Bye korang, love you❤



Wednesday, 27 September 2023

Have faith in God @>----


 "And seek help in patience and prayer"

-Al-Baqara: 45-


Counselor ft case 2,

September, 2023

        Assalamualaikum semua! I'm back!! walaupun baru je semalam aku post pasal anak murid aku tapi hari ni aku nak share pasal satu lagi kes. Jom kita bagi nama dekat main character dalam cerita ni. Aku nama kan dia cikgu Lily. Baru-baru ni cikgu Lily amik cuti katanya nak pergi buat checkup kt hospital pakar la. Jadi tinggal lah aku sorang-sorang dekat bilik kaunseling sebab kaunselor lagi sorang tu ada kursus dekat Johor. Life as practical counselor went well that day. Dan keesokkan harinya, datang la cikgu lily kat sekolah macam mana. So kami borak-borak dan aku pon tanya lah dia jumpa dr pakar sebab apa, dr cakap apa. Sambil dia gelak dia kata "kau jangan la tanya nanti akak menangis", masa tu aku rasa macam mesti ada something wrong somewhere. Tapi aku slow talk la sambil tu gelak-gelak sikit. And dia cakap dr diagnos akak ada kanser payu dara. Aku tak payah cakap la, reaksi aku be like walaupon aku macam dah boleh teka tapi still aku tk terkata tau. 

        Kami pon bertukar cerita dan dia hari tu dia nak balik awal nak buat appointment dekat satu hospital untuk buat operation. Dr pakar suruh dia buat secepat mungkin sebab kanser dia jenis 3x ganda lebih aktif. Jadi dr tak sarankan untuk lengah-lengah. Macam-macam la kami berkongsi dan aku tanya perasaan dia, pendapat keluarga dia pasal perkara ni. Apa dia nak buat lepas ni. She act cool thou. Tapi aku tau deep down inside dia fikir banyak benda. 

        Kalau korang nak tahu, cikgu lily ni dia baik gila. Jarang aku nampak dia marah. Dia selalu belanja aku makan. Kami banyak share pasal kehidupan la. Hikmah-hikmah bila diuji. Dia pon share sikit-sikit amalan dia. Dan aku banyak belajar dari dia especillay the way we want to be treated. Aku pon risau jugak la pasal penyakit dia sampaikan petang tu aku google pasal breast cancer wei. Ada la input sikit-sikit yang aku baru tahu pasal breast cancer ni.

        So hari ni sepatutnya dia pergi kursus, tapi tiba-tiba dia tak jadi pergi, jadi aku amik kesempatan untuk tanya la pasal keputusan operation dia tu. Tiba-tiba dia cakap "alaaa akk nak nangis nanti", aku cepat-cepat amik tisu dalam beg laptop aku sebab aku tau the result can be worst than yesterday. Dia cakap dia kena operate like really soon dan perkara yang membuatkan aku pon rasa nak nangis sebab dia kata mungkin minggu ni minggu terakhir kami jumpa sebab lepas ni dia akan bercuti panjang like setahun lebih. Macam korang tahu kan aku tengah intern, kalau sem ni aku tak dapat habiskan intern aku, aku akan sambung lagi tahun depan sampai bulan 5 macam tu. Jadi bila dia cuti panjang dalam tempoh setahun ni aku takde la jumpa dia lagi. It feels like that we cannot meet up again after this. Like Im gonna lose her. Think about this make me sad even more. Actually both of us mmg dah plan macam-macam untuk next year. Tapi tu la kami merancang, tapi perancangan Allah lebih baik. Kaunselor yang sorang lagi tu memang belum tahu lagi pasal ni. Jadi kami rancang nak bagitahu dia Jumaat nanti. Harapnya dia boleh terima la dengan lapang dada. Aku nak nangis senanya, aku tahu dia sedih sekarang ni, aku nak peluk dia nak bagitahu yang semua akan okay, tapi aku malu. The only thing that i can do is praying for her silently. May Allah bless her throughout her life.


"Ya allah, kurniakan la kesihatan kepada cikgu lily dan angkat lah kesihatan beliau, supaya beliau masih boleh menjalankan tanggungjawab kepada mereka yang memerlukan".

 

Mohon doa dari reader juga. Korang doakan cikgu lily okay, semoga doa yang korang bisikkan dimakbulkan Allah. Amiin.


*Jumpa lagi lain entry, nanti kalau ada update pasal cikgu lily, I'll upload an entry here. Bye korang. Wasalam.

Tuesday, 26 September 2023

Counselor to be :)

Listening is often the only thing needed to help someone
-Anonymous-



Counselor ft case 1,
September, 2023.

            Assalamualaikum semua, terima kasih kepada pembaca yang membaca blog saya ni walaupon sebenarnya tkde siapa pon yang baca HAHAHAH but its okay, blog ni dikhaskan untuk meluahkan perasaan dan pengalaman peribadi aku je. Jadi aku tk heran kalau ada yang baca atau tidak. So kita patah balik ke tajuk. Aku buat tajuk macam tu sebab sekarang ni aku tengah intern dekat satu sekolah menengah ni as kaunselor pelatih. So baru-baru ni ada satu pelajar perempuan datang jumpa aku sebab dia rasa tak okay. Jadi sebagai kaunselor aku pon terima jelah. Apa kata aku letak nama dia Dahlia. Senang sikit nak cerita nanti. So Dahlia datang jumpa dan ceritakan problem dia kat aku. 

            Serba sedikit pasal Dahlia, dahlia ni mangsa penderaan fizikal, mental dan seksual. Kesian wei dengar kisah dia. Dia ni cakap dengan aku dia ada watak lain yang dia develop masa dia jadi mangsa penderaan seksual tu. Tapi dahlia cakap watak tu buatkan dia lemah dan lembik. Kalau secara personaliti nya aku perhatikan Dahlia ni, aku rasa dia ni jenis yang ceria, suka berkongsi, kalau sambil cerita tu dia akan senyum-senyum, tapi kalau watak dia berubah lagi satu tu auto dia lemah, dia berhalusinasi, dia triggered, dia bukan mcm diri dia la. So memandangkan dia ni memang mangsa dera, makanya dia ada sedikit masalah berkaitan mental dia. Dr pon dah diagnos yg Dahlia ni ada MDD, panic attack, dipression, hallucination dan sekarang ni beliau ada simptom kearah split personaliti pulak. Korang doakan tau kebaikan untuk pelajar aku ni.

            Dahlia ni suka belajar, cita-cita dia nak jadi lawyer. So masa dia bercerita tu ada la sedikit sebanyak dia tanya macam mana nak jadi lawyer, nak sambung apa lepas spm macam tu. Bila aku tanya sebab dia nak jadi lawyer dia cakap dia nak tolong orang especially orang yang ada masalah macam dia. Dan dia ada jugak mention dia try hard gila untuk berubah. Dia taknak jadi lemah mudah triggered. Aku nampak la usaha dia nak berubah tu. Dr yg dia jumpa pon izinkan dia untuk pergi sekolah balik so maksudnya mental condition dia okay untuk dia addapt dgn environment sekolah.

            Sepanjang buat sesi dengan dia, Dahlia ada mention cerita yang dia kongsikan dengan aku ni dia tak pernah cerita dengan siapa2 pon termasuk dr yang dia selalu jumpa. Aku tk pastilah kalau dia tipu ke apa tapi masa tu aku jadi terharu sebab dia kata dia pandang muka aku dia rasa macam nak meluahkan semua benda. Dia cakap air muka aku ni bukan jenis judgging ke apa. Masa tu aku rasa terahru sangat sebab pelajar aku cakap macam tu. Tapi aku kena la tahan air mata aku kang buat malu je. Sebagai kaunselor memang kena belajar banyak benda especially emosi supaya jgn sedih sangat atau terlampau percaya kata-kata student. Kena pandai balance takut dia menipu je lebih. Tapi bagi aku as long as aku tk rugi apa-apa aku dengar jelah. Lagipon aku kena kejar banyak jam kredit yang aku kena buat almost 500++ makanya aku tak heran kalau student datang nak berkongsi. 

            So bermulalah episod yg aku nampak Dahlia makin rajin datang bilik kaunseling kalau dia terserempak dengan aku dia akan tegur dulu. Dia pon aku nampak lebih happy walaupon ada juga masa dia bertukar watak tu. Tapi as long as dia pandai jaga diri aku okay je. Aku dengan kaunselor sekolah ni pon memang dah deal dengan dia, kalau dia rasa tk okay datang bilik kaunseling terus, jangan pergi mana2. Satu sekolah kami dah maklumkan yang Dahlia ni tak boleh tertekan atau kena jerit, so cikgu-cikgu kat sini pon da aware la walaupon ada juga mahkluk2 tuhan yang perangai macam hampeh tk boleh faham ada certain pelajar yang ada masalah mental macam Dahlia, tapi apa2 pon aku doakan cikgu-cikgu tu terima hidayah la.

Maka, tamatla cerita saya, nanti ada masa saya sambung lagi. Saya pergi dulu ye. hehe


Monday, 21 August 2023

Kisah 100x ketuk ketampi

In learning you will teach, and in teaching you will learn
-Phil Collins-


Aku nak ceritakan satu kisah yang bagi aku ia sedikit sebanyak mencabar ego, memberi aku celik akal dan perasaan yang bercampur baur. Ini kisah aku...........

    Untuk pengetahuan kalian sekarang ni aku kerja sebagai guru kafa di sekolah rendah di satu daerah ini dan baru bekerja kurang dari dua tahun. Buat masa sekarang aku ditugaskan untuk mengajar murid darjah dua sahaja. Sini aku kenalkan pada kalian dengan murid aku dimana isu yang dihadapi oleh kami telah mencetuskan kisah 100x ketuk ketampi ni. Aku kenalkan beliau sebagai murid K. Perwatakkan murid K ni agak pendiam, cuma bising pada waktu tertentu sahaja, bagi aku dia seorang budak yang mudah dijaga dan boleh mendengar kata. Mungkin dia bersikap begitu kerana takutkan aku agaknya. Walaupon beliau kelihatan pendiam tetapi beliau juga merupakan pelajar yang agk nakal dan suka bergurau kasar. Antara kesalahan yang pernah beliau lakukan ialah mengejek kawan-kawan, mencarut dan juga pernah menanggalkan seluar di dalam kelas dengan alasan beliau hanya bergurau sahaja. Kehidupan murid K ni aku boleh letakkan sebagai golongan t20. Ibu bapanya orang yang berpelajaran dan bekerja dalam bidang profesional macam tu.

    Alkisahnya, cerita ni jadi pada 2 minggu lepas dimana ia bermula apabila murid K ni hadir ke sekolah lewat 35 minit. Kelas kami akan bermula pada pukul 2 petang dan tamat pada pukul 5 petang. Memandangkan beliau lambat masuk kelas jadi perkara ini membuatkan aku sebagai cikgu beliau naik angin. Isu ini bukan sekali dua malah hampir setiap hari Murid K akan lambat hadir ke sekolah dengan alasan "saya makan tadi", "saya mandi tadi", "ayah saya baru nak solat" dan macam-macam lagi. Kebiasaanya aku akan menasihati beliau, tapi pada minggu tersebut keadaan mental dan emosi aku memang betul-betul tidak rasional jadi aku mengambil inisiatif untuk memberi denda pada beliau iaitu 100x ketuk ketampi. Murid K bersetuju dan denda tersebut dilaksanakan dengan pantauan ketua kelas. Suasana kelas pada hari kejadian dapat dikawal sepenuhnya, dengan murid-murid lain mendengar kata dan melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik. 

    Kejadian bermula pada petang khamis minggu yang sama pada tarikh 10 ogos 2023. Aku menerima satu pesanan ringkas dari nombor yang tidak dikenali yang menyatakan beliau sebagai penjaga kepada murid K iaitu puan S. Aku ringkaskan isi kandungan pesanan tersebut yang membawa maksud puan S inginkan penjelasan kenapa aku memberi denda 100x ketuk ketampi kepada murid K. Denda itu telah menyebabkan murid K mengalami kepenatan, sakit kaki yang teruk dan sakit dada(berdasarkan penjelasan puan S) dan ia memerlukan rawatan di klinik. Sebagai guru aku menjelaskan keadaan satu persatu dan pada mulanya aku menurunkan ego sebagai guru dengan memohon maaf atas khilaf aku kerana telah menyebabkan keadaan anaknya sebegitu. Aku akui terdapat kesalahan di pihak aku dimana aku tidak mampu mengawal emosi amarah ku tetapi aku juga mahukan permohonan maaf dari pihak mereka atas isu kelewatan masuk kelas.

    Hasil perbincangan kami, kedua-dua belah pihak mencapai kata sepakat dimana akhirnya puan S juga memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan oleh murid K. ketika mendengar voice note tersebut perasaan marah yang muncul pada awal perbualan hilang serta merta. Selain itu, puan S juga ada mencadangkan beberapa denda yang sesuai digunakan bagi menangani isu pelajar yang bermasalah. Cadangan tersebut aku ambil dengan hati yang terbuka malah ia satu celik akal bagi aku kerana aku tidak pernah terfikir untuk memberi denda sebegitu. Aku ucapakan terima kasih atas sikap dan toleransi yang ditunjukkan oleh puan S. Perbualan diakhiri dengan aku bertanyakan keadaan murid K dan puan S memberitahu bahawa keadaan murid K semakin baik.

    Dan pada hari ini 21 ogos 2023, sedang aku leka mengajar di kelasku tiba-tiba guru kelas lain datang dan memberitahu bahawa murid K telah dipindahkan ke kelas yang lain. Aku terkejut kerana aku tidak mendapat apa-apa notis dari pihak atasan ataupun dari pihak penjaga. Jujur aku akui aku sedikit terasa dan aku merasakan bahawa ibunya tidak mahu aku mengajar anaknya lagi. Aku boleh rasakan perasaan marah yang tiba-tiba hadir tetapi pada luarannya aku tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Hanya tuhan yang tahu bertapa sakitnya hati aku sebagai cikgu. Setelah perbincangan aku selesai aku duduk di meja guru untuk cuba menenangkan fikiran dan perasaan marahku. Dalam keadaan begitu aku mencapai handphone dan cuba membuka aplikasi whatsapp. Rupa-rupanya puan S sudah memaklumkan perkara tersebut bahwa murid K akan berpindah ke kelas yang lain. Aku duduk termenung di meja guru dan aku merasakan bahwa sia-sia sahaja perasaan amarahku tadi rupanya silap itu datang dari pihakku. Membaca pesanan dan makluman ringkas puan S menunjukkan beliau masih menghormati diriku sebagai guru kelas tersebut dan perkara ini membuatkan aku merasa senang hati dan gembira. Walaupon ada beberapa perkara yang negatif berkaitan murid K yang belum aku ceritakan pada puan S tetapi aku cuba memaafkan kesalahan tersebut dan cuba melupakannya. Kerana bagi aku, kesihatan mental dan emosiku lebih penting dari memikirkan perkara yang lalu.

Maka tamatlah kisah 100x ketuk ketampiku.

Wednesday, 9 August 2023

Suatu Yang Pernah

 “Sometimes I wish I could just rewind back to the old days and press pause..just for a little while”

-Anonymous-


The Broken Heart,

2019 vs 2023.

Lima tahun dulu tak pernah terfikir untuk jatuh sayang dekat insan yang bernama lelaki. Dan tak pernah terfikir satu hari nanti dia akan jadi yang terpenting dalam hidup dimana aku berimpian membina satu hubungan yang lebih serius bersama dia. Selama lima tahun menunggu, berapa banyak doa yang aku dah panjatkan pada tuhan, beratus bisikan yang aku selitkan, berapa banyak harapan yang aku inginkan tiba-tiba musnah dengan satu perkongsian di laman instagram beliau

" My wife makes the best pancakes 💓"

Kalau aku cakap aku tak sedih, sumpah aku tipu. Kalau aku cakap aku dah move on, hanya tuhan yang tahu bertapa hancur dan kecewa hati aku ni. Sedangkan waktu menulis cerita ini beribu perasaan aku cuba ungkapkan tapi tiada satu perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan. Lagu-lagu sedih tiba-tiba bermain di playlist aku seolah-olah turut merasakan apa yang ada dalam hati.

Ini adalah cerita aku. Cerita tentang sayang yang tak pernah terungkap. 

Aku kenalkan beliau sebagai A. Kenapa A? sebab itu initial nama dia. Pada awal perkenalan, kami hanya orang asing dimana aku sebagai pesakit dan dia sebagai petugas di waktu itu. Masih ingat cerita kami? Ya cerita yang aku pernah kongsikan pada kalian di entri sebelum ini dimana aku dimasukkan ke dalam wad disebabkan oleh appendik. Ye dia adalah lelaki yang sama. Sepanjang perkenalan kami di media sosial, tak banyak cerita yang kami kongsikan. Hanya sekadar berbasa basi, bertanya khabar dan juga ucapan hari jadi dan hari raya yang menjadi penghubung kami untuk saling berkomunikasi. Sudah tentu dalam situasi ini aku yang paling beria kerana aku hanya seorang asing yang tiba-tiba jatuh suka pada dia yang hanya menjalankan tugasnya sebagai doktor. 
    

Dalam ramai lelaki yang hadir dalam hidup aku, Dia diantara yang paling istimewa kerana tiada satu ahli keluarga, kawan-kawan atau kenalan rapat aku yang tahu kisah ini. Aku tutup serapat-rapat yang mungkin cerita kami dan aku hanya berkongsi dan bercerita pada tuhan yang satu. Bagi aku rahsia ini akan ku bawa sampai mati kononnya. Akan tetapi, aku hanya manusia biasa yang jiwa nya rapuh apabila sesuatu kesukaanku diambil dariku. Semalam 07/08/2023 tarikh dimana aku mengetahui dia sudah menjadi milik orang. Hati aku sebu, dan untuk menghilangkan rasa itu aku cuba menangis dan ia berjaya. Tapi sedih tu tak hilang seolah-olah perasaan untuk menerima itu tiada. Jadi aku cuba berkongsi dengan sahabat baikku, tapi, ada satu perasaan yang menghalang dari aku bercerita dengan lebih mendalam tentang dia. Dan kerana itu, aku decide untuk luahkan perasaan di dalam entri kali ini.

Dulu aku rajin gila update media sosial aku sebab aku nak atrract attention dia, tujuan aku nak bagitahu bahawa aku masih wujud dalam hidup dia. Dia tak reply atau komen aku tk kisah yang penting bila aku post something, dia ada baca. Masa tu aku crush teruk dengan dia. Sampai satu saat aku jadi penat dan aku tk nak hidup macam tu. Jadi aku decide untuk lepaskan dia dalam jagaan tuhan. Hati aku lapang dan setiap kali aku lalu depan tempat kerja dia aku akan doakan dia. kenapa aku cakap dia paling istimewa, sebab nama dia yang paling banyak aku sebutkan setiap malam pertiga, setiap istikharah yang aku hidupkan setiap waktu doa dimakbulkan jadi dia memang betul-betul aku letakkan dalam hatiku. Macam aku cakap entri sebelum ni, bila aku kata ya tapi tuhan punya rencana lain, siapalah aku yang cuma hamba ingin persoal takdir?

    Suka ingin aku sebutkan, kesalahan ini adalah dari pihak aku. Sepanjang aku mendoakan dia, banyak peluang yang tuhan bagi untuk aku luahkan perasaan. Malangnya aku tiada keberanian dan bagi aku perasaan yang ingin diungkapkan belum sesuai lagi waktunya. Jadi aku ambil keputusan untuk diam dan hanya mendoakan dia dari jauh. Waktu itu keyakinanku tinggi yang dia akan jadi milikku tetapi impian hanya tinggal kenangan, doa aku tak seteguh dan sekuat doa isterinya. Aku kalah dengan wanita yang berjaya menjadi isterinya sekarang. melihat raut wajah dan senyuman yang diukirkan melalui gambar di laman instagram menunjukkan bahwa dia sudah bahagia. Bahagia dengan pujaan hatinya. 

    Aku? aku hanya penunggu setia, yang menunggu waktu untuk menerima kekalahanku dalam memperjuangkan takdirku bersama dia. Akan kucuba berlapang dada untuk menerima takdir ini. Aku tuliskan doa dan harapan untuk dia yang pernah menjadi sebahagian dalam doa harianku agar bahagia bersama keluarga barunya. Ku panjatkan doa agar dia menjadi sebaik-baik lelaki yang mampu menjaga dan mencintai isteri dan keluarga sebagai mana dia mencintai pencipta dan agamanya. Tidak lupa doa buat diri ini agar menerima apa yang telah direncanakan tuhan. Dan buat kalian yang membaca penulisan ini terima kasih untuk doa dan masa yang telah kalian luangkan hanya untuk membaca luahan bodoh ini. 

" Do not lose hope, Nor be sad" 
(3:139)


Terima kasih kerana menjadi suatu yang pernah membahagiakan <3

Thursday, 27 July 2023

Bila Aku Kata Tak Mahu, Tapi Tuhan Berkata Sebaliknya (pt2)

    Assalamualaikum semua, okay aku sambung balik cerita aku yang hari tu, so kalau ikutkan aku boleh belajar on9 so takde masalah untuk aku sambung belajar, tapiiiii macam aku cakap hari tu, aku penat aku nak rehat tapi macam aku tulis dekat tajuk, aku minta plan A tapi Allah bagi Plan B humm. 

    Before that, ada satu masa tu, kawan aku tiba-tiba ws aku, masa tu aku tengah busy nak gi cucuk vaksin kali pertama HAHAHAHAHAH, lebih kurang camni la ayat dia

Her: " Wei random sikit, jom sambung master"

Me: "kau dah kenapa? ni random sangat ni"


Dan bermula journey aku sambung master....


    Suka aku ingatkan sepanjang aku nak apply sambung belajar, memang tiap-tiap hari aku solat istikharah minta supaya keputusan aku ni Allah berkati, aku dapat ilmu yang bermanfaat, dapat pengalaman baru, aku taknak bila aku sambung belajar ni jadi benda sia-sia, membazir duit semua tu. So alhamdulilah aku apply masa tu memang tuhan permudahkan urusan aku, bayangkan la eh, aku punya grad letter pon tk keluar lagi masa tu aku dah gi apply master. Kalau ikutkan senat apa semua tu, aku akan dapat grad letter lepas tarikh tutup application untuk master ni. Tapi tah macam mana pihak uni lama aku bagi grad letter tu 2 hari sebelum tarikh tutup application. Dannnn yang paling rezekinya tu, pihak uni baru aku tu extend permohonan kemasukkan ke master 2/3 minggu macam tu. So i had enough time to prepare and check everything kan? 


"Then, which of favors of your Lord will you deny? "


    Alhamdulliah for everthing God. Maka aku pon masuk kelas apa semua dan belajar la benda baru. Untuk pegetahuan korang, masa aku degree aku belajar psikologi, then bila aku sambung master aku amik kaunseling. So memang banyak benda yang buat aku insecure gila especially bila degree kau belajar teori bila kau sambung master kau belajar teori dan praktikal sekali. So new to me! *nanges TT* Dengan classmate yang background bukan biasa-biasa punya, masing-masing dah ada kerja yang best2, compare dengan aku ni ha dah la fresh grad, masa tu aku tgh keje kilang sarung tangan jadi insecure habis la HAHAHAHAHAHHA, lepas kerja kilang aku tukar keje kat klinik. Dalam 4 bulan keje macam tu aku apply jadi cikgu kafa dan aku dapat. So aku amik tawaran tu sebab waktu keje kafa tu lebih sesuai dengan waktu kelas aku. Kelas aku setiap jumaat dan sabtu dan perlu berulang ke utara tu ha. Jauh wei, memang penat sangat. But its okay God know me well.


*Gerak dulu sebab waktu sekolah dah tamat, nak tutup laptop semua, nanti aku share lagi :)


Friday, 21 July 2023

Bila Aku Tak Mahu, Tapi Tuhan Berkata sebaliknya.

 Assalamualaikum reader sekalian, sihat ke awak semua? harapan ye sihat selalu amiinn,, lama gila aku tak update cerita aku hahahaha.. Tak tahu nak mula dari mana, tapi aku start cerita dari punca aku semakin busy ni ha, huhuhhu. 

Alkisahnya, lepas aku tamat degree bulan 8 tahun lepas, ayah aku terus paksa sambung master wei. Ayah aku cakap dia nak support yuran pengajian semua, tapiiiii, aku taknak. Aku cakap dengan ayah aku yang aku nak kerja dulu sebab aku dah penat belajar. Kau bayangkan aku sepatutnya amik degree 4 tahun je, tapi aku extend satu sem sebab sem-sem sebelum tu aku banyak fail paper, jadi bila extend sem tu dapat la aku cover paper-paper yang gagal tu. So penat kan??

Jadiiii, masa ayah aku offer suruh sambung belajar aku sampai nak gaduh mempertahankan pendirian aku yang aku taknak sambung belajar. Okay tipu, sebenarnya, aku nak je sambung belajar tapi bukan la waktu yang terdekat ni tapi still lagi ayah aku suruh jugak. Tapi bila fikir-fikir balik senanya aku okay je nak sambung sebab aku pernah ada pengalaman belajar secara on9 ni, jadi aku rasa takde masalah kot untuk aku sambung belajar. 

*Nanti aku sambung lain kali, sebab anak murid aku heboh nak cerita pasal pengalaman dorang. HAHAHAHAHA


Saturday, 29 April 2023

Im Back 2.0

 Assalamualaikum dan hai koranggggggg!! weiiiiiiiii aku rasa aku dah banyak janji dengan reader nk update selalu, tapi aku tengok macam setahun sekali je aku post, huhuhuhu..maaf deh,, btw korang okay ke tu? sihat tak? kalau korang nak tahu aku okay je setakat ni, cuma sekarang ni waktu raya aidilfitri, so aku balas dendam makan segala makanan yang boleh diamakan, end up demam, batuk dan selsema, hamik kau package 3 serangkai terus. Tapi okay je sebab setakat ni boleh manage lagi la. ha sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua yang membaca, yang terserempak, yang lalu sebelah blog aku ni, walaupon senanya tkde reader pon yang baca tapi kisah pulak aku, HAHAHAHAHAH, kot2 la ada yang lalu lalang kt blog minta maaf kalau ada terasa ye, like terasa sebab aku jarang update ke, maklum la takut ada yang rindu (wei perasan gila! hahahhha).

Okay nak cerita apa ni? macam aku cakap sebelum-sebelum ni, aku sebenarnya banyak cerita tapi sebab aku macam takde masa nak bukak laptop and menaip (dibaca malas), jadi aku jarang la update. Tapi ikutkan aku nak share pasal hari-hari aku kat korang yela aku saja nak kurangkan beban aku ni ha jadi bila share kat sini mungkin la boleh kurangkan beban aku sikit (terpaling beban). 

Tapi kan untuk hari ni aku malas nak share, sebab aku tengah ada kelas on9 ni, alang-alang bukak laptop ni ha aku singgah jap kat sini, saja nak roger yang aku masih hidup lagi, hihhihii, jadi kelas aku pon nak habis ni so aku blah dlu okay, bai